Windows 7: Layakkah aku?

|

Kuda Putihku

|

Kuda Putihku gagah berlari...

Ku belai ku manja mu setiap hari

Makanan mu bergizi

Agar kamu cepat membesar...

Kuda Putihku gagah berlari...

Tiap petang ku tunggang mu

Melihat keindahan pantai

Ku senang bersama mu

Kuda Putihku gagah berlari...

Kini kau sudah besar

Kau ingin bebas

Bebas berlari kemana saja

Kuda Putihku gagah berlari...

Kau berlari amatlah laju

Tak terkejar dengan kudrat ku

Kuda Putihku gagah berlari...

Kau pergi meninggalkanku

Semakin lama semakin jauh

Lari mu pantas tak toleh ke belakang

Kuda Putihku gagah berlari...

Aku sayang pada mu

Kembalilah kepada ku....

Aku rindu pada mu, Kuda Putihku........


Kisah Demam

|
Kisah demam yang teruk ini bermula pada pagi Isnin yang lalu. Aku bangun dari tidur, badan ku sejuk-sejuk panas, kepala pulak pening…. aduh.. memang nak demam la. So sampai je kat sekolah aku terus beli 100plus satu tin.

Rabu malam aku pun pergi la ke Klinik Perdana amik ubat and cek skit2… Doc bagi MC satu hari. Boleh jugak aku rehat kat rumah. Doc pesan suruh self quarantine kat rumah kalau nak keluar rumah kena pakai mask. Orait doc, thank you.

Demam aku masih lagi x ok ok… xde pn menunjukkan tanda-tanda untuk pulih lagi. Ubat dah nk habis. Esok aku nk kena obeserve 2 kali. Oh tidak!… Kalau ikutkan hati nak je cakap kat guru pembimbing ngan lecturer xpayah observe and isi form penilaian tu ikut suke je.. xkisah la markah, aku xlarat nak prepare.. ape lagi nak terjerit-jerit dalam kelas tu. Memang aku ada perancangan nak kasi the best untuk last observe ni, tapi dengan keadaan aku sekarang ni macam mana aku nak buat semua tu??


Hari ni aku nak pegi amik mc lagi, kalau boleh untuk satu minggu terus… sambung ubat lagi. Aku nak balik rumah… kat rumah ada orang jaga aku, kat cni aku kna jga dri sendiri je a..

Dek kerana demam ni banyak kerja yang tertangguh, contohnya, nak tulis blog ni, nak siapkan RPH. Baju pun x terbasuh… aku pelik la kenapa masih rasa tak larat n macam demam walaupun badan aku dan berpeluh, basah baju aku berpeluh… tapi masih lagi demam. huhuhu…. pening tul aku…

Aku harap demam ni x lama sebab aku mahu menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh berkat ini dengan kesihatan dan kesempurnaan. Korang di luar sana tu doakanlah aku moga aku cepat sembuh…..

My First Post

|
Nama diberi Ahmad Fahmi Bin Ibrahim. Anak jati Terengganu di lahirkan pada tahun Arnab di Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Anak kelima dari enam adik beradik. Agak degil tapi dan beransur-ansur diterjemahkan kepada “high determination”. (what’s the word in Malays? Oh ETEMS Product)

Bermula dengan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sura yang tak berapa jauh dari rumah. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT). Dan sekarang ini ialah seorang guru pelatih di Intitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Kalau panjang umur dan murah rezeki aku akan menjadi seorang guru sains di sekolah rendah di Malaysia yang tercinta ini. Dan kerana itulah blog ini diberi nama Sir Fahmi.

Hidupku diperkenalkan dengan blog oleh Kak Huda tika dia seronok membaca blog pilihan hatinya (dan sekarang dia telah berjodohan dan beranak dua. Hehehe). “Menyitir dari lembah ke lembahnya” tagline yang membawa aku ke lembah blog ini dengan hasil penulisan kreatif Mohd Nazmi Yaakub (ya abang iparku) membuatkan aku kagum dan ingin juga melontarkan idea-idea bernas kepada semua orang. Aku kurang bersuara tapi mungkin boleh merintis satu revolusi dengan penulisan. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Ya.. mari kita sama-sama buktikan.

Lewat bermula? Tidak juga sebenarnya. Pada 2005 lebih kurang satu minggu sebelum aku melangkah masuk ke Maktab aku telah mendaftar satu akaun di blogspot.com untuk tujuan penulisan. Tapi hanya tinggal kenangan, kemudahan internet dan komputer agak kurang memberangsangkan. Tetapi yang lebih tepat mungkin aku yang malas.

Setelah lebih 5 tahun aku menyepi (erk.. tepatkan perkataan ini untuk aku?) aku kini kembali menyerikan dunia blog yang telah pun berseri-seri tanpa kehadiran aku sebelum ini pun. Baiklah kepada semua pembaca harap dapat memberikan sokongan dan komen-komen supaya aku lebih berani dan bersungguh-sungguh dalam dunia blog ini. Dengan berkat Nisfu Syaaban ini aku harap aku akan dapat bertahan hingga akhir hayatku dalam dunia blog ini.

Blog ini akan mengupas segala macam yang terlintas difikiran aku dan semestinya berkaitan ilmu-ilmu perkomputeran, pendidikan dan apa-apa yang dirasakan perlu. Ok lah cukup setakat ini dulu buat kali ini. Jumpa lagi dilain masa. Any comments are appreciated, Jadi rajin-rajin la mengutarakan komen anda yang bernas. Maaf dipinta andai ada kekurangan dan rasa kurang senang dengan kehadiran blog ini. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

* tak nak tido lagi. Nak install windows 7 dulu. Hehe.. Nantikan post-post yang berkaitan dengannya nanti.