My First Post

|
Nama diberi Ahmad Fahmi Bin Ibrahim. Anak jati Terengganu di lahirkan pada tahun Arnab di Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Anak kelima dari enam adik beradik. Agak degil tapi dan beransur-ansur diterjemahkan kepada “high determination”. (what’s the word in Malays? Oh ETEMS Product)

Bermula dengan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sura yang tak berapa jauh dari rumah. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT). Dan sekarang ini ialah seorang guru pelatih di Intitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Kalau panjang umur dan murah rezeki aku akan menjadi seorang guru sains di sekolah rendah di Malaysia yang tercinta ini. Dan kerana itulah blog ini diberi nama Sir Fahmi.

Hidupku diperkenalkan dengan blog oleh Kak Huda tika dia seronok membaca blog pilihan hatinya (dan sekarang dia telah berjodohan dan beranak dua. Hehehe). “Menyitir dari lembah ke lembahnya” tagline yang membawa aku ke lembah blog ini dengan hasil penulisan kreatif Mohd Nazmi Yaakub (ya abang iparku) membuatkan aku kagum dan ingin juga melontarkan idea-idea bernas kepada semua orang. Aku kurang bersuara tapi mungkin boleh merintis satu revolusi dengan penulisan. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Ya.. mari kita sama-sama buktikan.

Lewat bermula? Tidak juga sebenarnya. Pada 2005 lebih kurang satu minggu sebelum aku melangkah masuk ke Maktab aku telah mendaftar satu akaun di blogspot.com untuk tujuan penulisan. Tapi hanya tinggal kenangan, kemudahan internet dan komputer agak kurang memberangsangkan. Tetapi yang lebih tepat mungkin aku yang malas.

Setelah lebih 5 tahun aku menyepi (erk.. tepatkan perkataan ini untuk aku?) aku kini kembali menyerikan dunia blog yang telah pun berseri-seri tanpa kehadiran aku sebelum ini pun. Baiklah kepada semua pembaca harap dapat memberikan sokongan dan komen-komen supaya aku lebih berani dan bersungguh-sungguh dalam dunia blog ini. Dengan berkat Nisfu Syaaban ini aku harap aku akan dapat bertahan hingga akhir hayatku dalam dunia blog ini.

Blog ini akan mengupas segala macam yang terlintas difikiran aku dan semestinya berkaitan ilmu-ilmu perkomputeran, pendidikan dan apa-apa yang dirasakan perlu. Ok lah cukup setakat ini dulu buat kali ini. Jumpa lagi dilain masa. Any comments are appreciated, Jadi rajin-rajin la mengutarakan komen anda yang bernas. Maaf dipinta andai ada kekurangan dan rasa kurang senang dengan kehadiran blog ini. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

* tak nak tido lagi. Nak install windows 7 dulu. Hehe.. Nantikan post-post yang berkaitan dengannya nanti.
blog comments powered by Disqus